NAMA BLOG

Isnin, 26 November 2012

CONTOH-CONTOH KARANGAN

1. JENIS KARANGAN FAKTA 

Usaha-usaha Menghargai Warga Tua

         Warga tua merupakan golongan yang paling berjasa kepada negara. Mereka telah melalui pelbagai rintangan dan dugaan untuk membesarkan anak-anak.. Namun, pada hari ini warga tua sering diabaikan dan jasa mereka dilupakan oleh masyarakat.

          Keluarga perlu menyayangi warga tua. Warga tua yang terdiri daripada ibu melahirkan kita dan bapa pula mencari rezeki untuk membesarkan kita. Pengorbanan mereka perlu dibalas dengan sebaik-baiknya. Sebagai anak kita perlu menjaga ibu bapa kita ketika mereka tua dan tidak menghantar mereka ke rumah orang-orang tua.

          Di sekolah, guru boleh menasihatkan pelajar agar menghormati warga tua. Warga tua yang terdiri daripada ibu bapa kita perlu disayangi dan dihormati. Anak-anak perlu bertutur dengan sopan apabila berhubung dengan ibu bapa mereka kerana syurga terletak di telapak kaki ibu. Kerajaan juga perlu menghargai warga tua. 
         
         Kerajaan boleh menyediakan pelbagai kemudahan untuk warga tua. Sebagai contoh, warga tua akan mendapat rawatan percuma di hospital kerajaan ataupun kadar bayaran rendah di hospital atau klinik swasta.

           Media massa seperti surat khabar dan televisyen boleh menyiarkan cerita-cerita berkaitan penderitaan hidup warga tua. Hal ini menyedarkan kita tentang pentingnya warga tua dalam hidup kita. Oleh itu, kita tidak boleh mengabaikan warga tua.

        Pihak swasta perlu membantu warga tua. Mereka boleh mengutip derma untuk mengurangkan beban warga tua manakala kunjungan ke rumah orang-orang tua dapatmengeratkan hubungan .Warga tua akan berasa diri mereka dihargai dan disayangi.

       Kesimpulannya, pelbagai pihak perlu berusaha untuk menghargai jasa dan pengorbanan warga tua. Kita tidak boleh mengabaikan warga tua kerana merekalah yangmelahirkan kita dan membesarkan kita




2.  Contoh Karangan Ucapan


Berikut contoh karangan ucapan sempena Hari Guru.

Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Guru Besar,Guru Penolong Kanan,guru-guru dan rakan sekalian.Saya sebagai wakil murid,ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Guru kepada semua guru  di sekolah ini.

Hadirin  sekalian,

     Tarikh 16 Mei setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Guru. Hari ini merupakan hari  yang amat sesuai untuk kita mengadakan sambutan bagi mengenang dan menghargai jasa guru.Oleh itu marilah kita menghargai jasa guru.
 Rakan-rakan  sekalian,
     Guru ialah insan yang mendidik,mengasuh dan membimbing kita hingga kita dapat mencapai kejayaan.Kesungguhan mereka mendidik kita amatlah besar nilainya dan wajar dikenang sepanjang hayat.Mereka tidak pernah jemu mengajar kita supaya kita dapat mengenal huruf ,membaca dan mengira. 

     Guru juga adalah  ibu bapa kita di sekolah.Oleh itu,kita mestilah menghormati guru.Segala nasihat  guru mestilah kita dengar dan patuhi.Jangan sesekali kita abaikan segala nasihat mereka. 

Rakan sekalian,

    Guru adalah orang yang sering memberi semangat kepada kita untuk rajin belajar.Mereka sedia  mendengar  segala masalah yang kita tidak fahami dalam pelajaran.Oleh itu guru adalah pendidik yang sangat berdedikasi semasa mengajar kita di sekolah.

     Sesungguhnya jasa guru tidak ternilai harganya.Guru ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain.Wahai para guru yang kami sayangi,jutaan terima kasih kami ucapkan kerana tidak pernah jemu mendidik kami dengan sabar . 

 Sekian , terima kasih.


3. JENIS SURAT KIRIMAN RASMI

 Tidak hadir Ke Sekolah

Andaikan bahawa kamu diserang demam panas. Kamu tidak dapat hadir ke sekolah selama tiga hari. Tuliskan sepucuk surat kepada guru kelas kamu untuk memberitahu beliau keadaan kamu.
Kampung Burung Baru,
23000  Dungun,
Terengganu.

_________________________________________________________________________________

Guru Kelas,
Tahun 6 Bestari,
Sekolah Kebangsaan Padang Pulut,
23000, Dungun,
TERENGGANU.                                                                                      20 OKTOBER  2012   
          
Cikgu,
Tidak Dapat Hadir Ke Sekolah
Berhubung perkara di atas, saya Nurul Afiqah Bt. Mohd Noor , murid Tahun 6 Bestari ingin memaklumkan bahawa saya tidak dapat hadir ke sekolah kerana diserang demam panas.  
2.     Saya telah pun mendapatkan rawatan doktor di Pusat Kesihatan Daerah Bukit Besi. Doktor menasihatkan saya supaya berehat selama tiga hari.
3.     Bersama-sama surat ini, saya sertakan surat akuan doktor untuk perhatian dan tindakan cikgu. Saya berharap agar cepat sembuh dan dapat datang semula ke sekolah seperti biasa.   
Sekian ,terima kasih.        


Yang benar,
( NURUL AFIQAH BT MOHD NOOR )



4. JENIS KARANGAN BIOGRAFI

Tun Dr Mahathir Mohamad

         Tun Dr. Mahathir dilahirkan pada hari Jumaat tanggal 20 Disember 1925. Putera kepada pasangan Mohamad bin Iskandar dan Wan Tempawan binti Wan Hanafi ini dilahirkan di rumah bernombor 18, Lorong Kilang Ais, bersebelahan dengan Jalan Pegawai, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.

           Beliau merupakan anak bongsu dari sembilan orang adik-beradik. Dr. Mahathir memulakan alam persekolahan di Sekolah Melayu Seberang Perak pada tahun 1930 selama dua tahun. Beliau melanjutkan pengajian menengah di Goverment English School, Alor Setar yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau tamat dengan keputusan Senior Cambridge yang cemerlang pada tahun 1945.

           Dalam tahun 1947, selepas tamat pengajian peringkat menengah, Dr. Mahathir telah ditawarkan biasiswa Kedah untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di King Edward VII  College of Medicine, Singapura. Semasa di Kolej, beliau merupakan seorang pelajar yang tekun dan bersungguh-sungguh dalam pelajaran, aktif dalam sukan ragbi dan sentiasa mengambil berat tentang kebajikan pelajar-pelajar lain.

           Pada tahun 1953, beliau telah dianugerahkan Ijazah Doktor Perubatan (M.B.B.S) dari University of Malaya. Berbekalkan kelulusan berkenaan, Dr. Mahathir telah memulakan perkhidmatannya dalam kerajaan dengan menjadi doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang. Pada tahun 1954, Dr. Mahathir telah dilantik sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Besar Alor Setar bagi memenuhi kontrak biasiswanya. Beliau juga telah memberikan khidmat perubatan di Langkawi, Jitra dan Perlis.

         Perkenalan dengan seorang gadis dari Selangor bernama Siti Hasmah Mohd Ali (kini Tun Dr. Siti Hasmah) yang mengikuti bidang pengajian yang sama di King Edward VII Collage of Medicene berlanjutan sehingga mereka menamatkan pengajian masing-masing. Hubungan erat yang terjalin semasa di Singapura telah diakrabkan lagi setelah kedua-duanya diijabkabulkan sebagai suami isteri pada Ogos 1956. Pasangan bahagia ini telah dikurniakan tujuh orang cahayamata iaitu Marina (kini Datin Paduka Marina), Mirzan, Melinda, Mokhzani (kini Datuk Mohzani), Mukriz ( kini Datuk Mukriz), Maizura dan Mazhar.

       Akhirnya, pada 16 Julai 1981 berikutan perletakan jawatan Perdana Menteri oleh Tun Hussien Onn  atas sebab kesihatan, Dr. Mahathir telah dipilih menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang ke- 4 pada usia 55 tahun.

      Dr. Mahathir digelar "Bapa Pemodenan Malaysia" dan merupakan pemimpin yang paling lama memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, iaitu dari 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003.

         Sepanjang tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri, Dr. Mahathir telah membawa Malaysia ke persada kecemerlangan. Malaysia telah melalui pelbagai pembaharuan fizikal, mental dan sosial. Malaysia telah menjadi negara yang disegani dan dihormati di pentas dunia. Malaysia mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dikalangan negara-negara maju dunia. Kejayaan Malaysia sebagai negara membangun dan sebuah negara Islam yang unggul di rantau ini telah diiktiraf dunia. Warisan pusaka yang ditinggalkan oleh Dr. Mahathir dapat kita lihat berada di mana sahaja.



KOLEKSI SOALAN UPSR PENULISAN BAHAGIAN B

SOALAN TAHUN 2005



1 Kamu telah mengikuti Program Motivasi UPSR yang telah dianjurkan oleh sekolah kamu. Ceritakan pengalaman kamu semasa mengikuti program tersebut.

Jenis Karangan : Cereka/Gambaran

2 Pada cuti sekolah yang lalu, kamu berpeluang berkelah bersama-sama keluarga kamu di sebuah tempat yang menarik.
Tulis catatan kamu tentang perkelahan tersebut.

Jenis Karangan : Catatan

3 Rakan anda telah memenangi pertandingan bercerita peringkat daerah. Anda diminta menemuramah rakan anda itu tentang kejayaannya untuk dimuatkan dalam majalah sekolah.
Tulis temu ramah anda selengkapnya.

Jenis Karangan : Dialog/Temu ramah


SOALAN TAHUN 2006


1 Penjagaan kesihatan diri sangat penting kepada kita.
Tuliskan karangan tentang cara-cara menjaga kesihatan diri

Jenis Karangan : Fakta

2 Kamu diminta untuk menyampaikan ucapan dalam majlis meraikan kejayaan kamu dalam satu pertandingan.
Tulis ucapan kamu selengkapnya.

Jenis Karangan : Ucapan

3 Kamu sedang berbual dengan seorang rakan tentang lawatan yang akan kamu sertai.
Tulis perbualan kamu itu.

Jenis karangan : Dialog/Temu ramah


SOALAN TAHUN 2007



1 Selepas makan tengah hari, kami sekeluarga duduk diruang tamu sambil berbual-bual. Tidak lama kemudian, sebuah teksi berhenti di hadapan rumah. Aku menjenguk keluar. Aku melihat ....
Mulakan cerita kamu dengan :
Aku melihat .....

Jenis Karangan : Melengkapkan cerita


2 Kamu mempunyai jiran-jiran yang baik.
Tulis karangan tentang kebaikan jiran-jiran kamu itu.

Jenis Karangan : Keperihalan

3 Sempena sambutan hari Kemerdekaan, satu pertandingan melukis telah diadakan di tempat tinggal kamu. Kamu telah ditugaskan untuk menulis berita tentang pertandingan tersebut.
Tulis berita itu selengkapnya.

Jenis Karangan : Berita


SOALAN TAHUN 2008


1 Kamu telah memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM500.00 dalam pertandingan lukisan.
Ceritakan cara kamu menggunakan wang tersebut.
Jenis Karangan : Keperihalan

2 Tulis sebuah karangan yang bertajuk “ Orang yang saya sayang”.
Jenis Karangan : Bibliografi

3 Ilmu sangat penting dalam kehidupan.
Tulis sebuah karangan tentang perlunya kita menuntut ilmu.
Jenis karangan : Fakta


SOALAN TAHUN 2009


1 Tulis sebuah cerita dan akhiri cerita kamu dengan ayat-ayat di bawah.
.....Rakan-rakanku mengucapkan tahniah kepadaku. Aku berasa gembira.
Jenis karangan : Cereka/Gambaran

2 Sekoalah kamu atau sekolah kawan kamu telah mengadakan temasya sukan tahunan.
Ceritakan suasana semasa temasya sukan dijalankan.
Jenis karangan : Gambaran/Keperihalan

3 Tulis sepucuk surat kepada abang kamu untuk menceritakan tentang persediaan yang kamu lakukan bagi menghadapi UPSR.
Tulis surat itu selengkapnya.
Jenis Karangan : Surat Kiriman tidak rasmi


SOALAN TAHUN 2010


1 Kamu telah membaca sebuah buku yang menarik. Tulis sebuah karangan tentang buku kamu yang telah kamu baca itu.
Jenis Karangan : Keperihalan

2 Kamu telah menyertai kem kecemerlangan UPSR yang telah dianjurkan oleh sekolah kamu.
Tulis faedah-faedah yang kamu peroleh setelah kamu menyertai kem tersebut. Jenis Karangan : Fakta

3 Unit beruniform di sekolah kamu telah mengadakan perkhemahan. Sebagai setiausaha, kamu diminta menulis laporan tentang perkhemahan tersebut.
Tulis laporan itu selengkapnya.
Jeis karangan : Laporan

PUISI

Pantun Nasihat

Ilmu Dunia Dan Akhirat

Di balik papan kita bertemu
Pelayar Bugis terkenal bijak
Hidup di dunia mesti berilmu
Untuk berjaya di akhirat kelak

Orang Melaka mahir memburu
Kijang dipanah takkan terlepas
Janganlah jemu mencari guru
Selagi kita masih bernafas

Dari Malaysia ke Tasik Malaya
Sahabat jiwa masih kucari
Ilmu dunia memberi cahaya
Ilmu akhirat wajib dipelajari

Ke majlis nikah di Janda Baik
Pandu kereta perlahan-lahan
Berbagilah ilmu yang baik-baik
Semoga amalmu dibalas Tuhan

Pulau Jawa tanah keramat
Negeri leluhur pujangga masyur
Selagi berilmu ummat dihormat
Sentiasa waspada takkan terlanjur

LATIHAN TATABAHASA



Latihan Simpulan Bahasa 1        3d_dog_face.gif (28699 bytes)

Isi tempat kosong dengan simpulan bahasa yang berikut.
  baik sangka             anak angkat             angkat kaki             alas perut  bahasa dalam          bekas tangan           cabut nyawa
  durian runtuh            mencari jalan            beri muka
1. Pagi tadi Ah Meng ....................sebelum pergi Taiping.
2. ....................Pak Cik Ismail menjadi doktor gigi.
3. Apabila pegawai penguatkuasa datang ke tempat itu, semua penjaja yang tidak tidak berlesen ...................
4. Perkataan santap, gering dan beradu merupakan ........................
5. Orang tua selalu ..........................dengan semua orang.
6. Inilah manuskrip ..........................pengarang yang terkenal itu.
7. Ayahnya terlalu ...........................kepada anak lelakinya, akhirnya dia menjadi budak yang nakal.
8. Perompak itu hendak .......................mangsanya, tetapi hasratnya tidak berjaya bila polis sempat menembaknya.
9. Apabila dia disuruh membuat kerja yang berat, dia selalu ......................
10. Pada hujung tahun semua kaki tangan kerajaan mendapat .....................


Latihan simpulan Bahasa 2
Gantikan perkataan-perkataan yang berhuruf tebal dalam ayat-ayat di bawah dengan simpulan bahasa yang sesuai.
makan angkat,              lepas tangan,                keras hati,kera sumbang,              kata putus,               jatuh hati,             isi hati,
ikut jejak,                     ibu angkat,                     hati batu.
1. Laki-laki yang kaya itu tidak menaruh belas kasihan terhadap orang miskin. (                     )
2. Abdullah baru datang ke kampung itu. Dia mengambil dan memelihara seorang wanita sebagai ibu sendiri. (                     )
3. Abang Kim Seng hendak mengikut contoh ayahnya. (                     )
4. Kawan saya melahirkan perasaan yang terkandung dalam hati. (                     )
5. Sebab apakah ibu saudara kamu itu berasa tersinggug? (                     )
6. Dalam mesyuarat itu mereka mencapai keputusan yang terakhir.(                     )
7. Jangan perdulikan budak itu dia memang seseorang yang tidak suka bergaul dengan orang lain. (                     )
8. Abang Ah Meng memang mempunyai kemahuan yang keras, (                     ) akhirnya dia berjaya menjadi jurutera.
9. Dalam pertengkaran itu, kami tidak campur tangan.(                     )
10. Kawan saya yang berpangkat itu seseorang yang suka dipuji. (                     )


Latihan Simpulan Bahasa 3
Isi tempat kosong dengan simpulan bahasa yang sesuai.
nyawa ikan,                  lidah biawak,                   makan angin,makan hati,                   keras hati,                       otak cair,
panjang tangan,             pencuci mulut,                 putih tulang,
putih mata,                    mulut tempayan               meninggal dunia 
1. Budak itu .......................... dia belajar hingga berjaya.
2. Janji mulut orang itu tidak boleh dipercayai kerana dia .......................... .
3. Pada bulan lalu keluarga kami pergi ........................... di Pulau Tioman.
4. Orang tua itu ...............................sejak isterinya .......................... .
5. Seorang kawan saya itu .......................... .
6. Pembonceng motosikal yang terjatuh dari motosikal itu dalam keadaan ........................ .
7. Syahira ..........................dia berjaya naik ke darjah lima dalam ujian penilaian tahun tiga.
8. Laki-laki yang .......................itu akhirnya ditangkap polis.
9. Ibu menyediakan aiskrim sebagai ........................ .
10. Moto perajurit negara kita ialah biar ....................., jangan ........................... .


Latihan Simpulan Bahasa 4
Isi tempat-tempat kosong dalam ayat di bawah dengan simpulan bahasa yang sesuai.
lidah bercabang,            mandi peluh,            minta nyawa,          atas pagar,paku belanda,           pilih kasih,              ajak-ajak ayam,
balik gagang,             berpeluh tubuh,              gulung tikar
1. Pekerja-pekerja ladang .......................untuk menyara keluarga.
2. Harga barang jualan di kedai itu ....................... .
3. Sewaktu kami bekerja budak itu .................... sahaja.
4. Guru kelas kami tidak ....................... antara murid-muridnya.
5.Jangan terima jemputan itu, dia ...................... sahaja.
6. Banduan yang dihukum mati kerana dadah telah ......................supaya dipenjarakan sahaja.
7. Dalam pemilihan ketua, sekulpulan penduduk duduk......................... .
8. Jangan percaya dengan orang itu, dia ...................... .
9. Semalam baru kami tahi mereka itu ....................... .
10. Peniaga itu terpaksa ........................ kerana mengalami kerugian besar.


Latihan Simpulan Bahasa 5
Isi tempat kosong dengan simpulan baha sa yang sesuai.
harga kopi,                    halwa telinga,                   hentam keromo,hilang akal,               ikut jejak,            ibu angkat,             jatuh hati,
isi rumah,                kepala batu,              kaki bangku
1. Qasidah, nasyid dan lagu ialah ....................... .
2. Pengedar barang makanan itu mendapat barang dari kilang degan .................. .
3. Penulis muda yang belum berpengalaman menulis suatu kritikan dengan ...................sahaja.
4. Sewaktu berlaku kebakaran, mangsa kebakaran itu ..................... .
5. Swee Lan menziarahi .........................nya yang tinggal di Alor Setar.
6. Maimunah hendak .......................... abangnya yang sedang belajar di kolej.
7. Pada hujung minggu itu se....................... pergi berkelah.
8. Kawan saya Sorojini ........................ bila saya terlupa menjemputnya datang ke rumah saya pada hari jadi ibu saya.
9. Ah Fat diajak bermai bola kerana dia ........................ .
10. Budak perempuan itu memang ......................... .



*JAWAPAN*            
Latihan Simpulan Bahasa 1

1.  alas perut.
2. Anak angkat
3. angkat kaki.
4. bahasa dalam
5. beri  muka
6. bekas tangan
7. baik sangka
8. cabut nyawa
9. mencari jalan
10.durian runtuh

*JAWAPAN *      
Latihan simpulan Bahasa 2
1.  lepas tangan
2.  ibu angkat
3.  ikut jejak
4.  isi hati
5.  jatuh hati
6.  kata putus
7.  kera sumbang
8.  keras hati
9.  lepas tangan
10.makan angkat

*JAWAPAN*    
Latihan Simpulan Bahasa 3
1. keras hati
2. mulut tempayan
3. makan angin
4. makan hati, meninggal dunia
5. lidah biawak
6. nyawa ikan
7. otak cair
8. panjang tangan
9. pencuci mulut
10.putih tulang, putih mata

* JAWAPAN*    
Latihan Simpulan Bahasa 4
1. mandi peluh
2. paku belanda
3. atas pagar
4. pilih kasih
5. ajak-ajak ayam
6. minta nyawa
7.berpeluk tubuh
8. lidah bercabang
9. balik gagang
10.gulung tikar

* JAWAPAN *    
  Latihan Simpulan Bahasa 5
1. halwa telinga
2. harga kopi
3. hentam keromo
4. hilang akal
5. ibu angkat 
6. ikut jejak
7.isi rumah
8.jatuh hati
9.kaki bangku
10.kepala batu




LATIHAN KATA PEMERI
Pilih jawapan yang paling sesuai.
1 Pemuda yang berbaju biru itu _________ bakal suami kakak saya.
2.Novel yang bertajuk “Bunga-bunga Berguguran “ itu __________ novel terbaru penulis wanita itu.
3.Kain songket yang dibeli dari negeri Terengganu itu ______ untuk ibunya.     
 4.Semua fitnah yang dilemparkan kepada Sakinah _________ tidak benar.
5.Hadiah hari jadi yang diterima itu _________ daripada kawannya yang baru seminggu dikenalinya.
6.Faisal _________ kerani bank di Bank Simpanan Nasional yang terletak di bandar Ipoh .
7.Gunung Tahan _______ gunung yang tertinggi di Semenanjung Malaysia.
8.Maklumat saksi pembunuhan itu ________ tidak benar setelah disiasat oleh pihak polis.
9. Tujuan utama kutipan derma _____ untuk membina balai raya yang baru.
10. Perempuan yang sedang melintas jalan itu ________ ibu saudara saya.
11. “Bungkusan itu _______ untuk kakak kamu,” kata Amir kepada Samir .
12. Zamzuri itu _____ guru baru yang akan mengajar di Tahun Enam Maju .
13. Adiknya ________ comel dan mempunyai lesung pipit .
14. Buah epal itu ________ untuk adik yang terlantar sakit di hospital .
15. Tuan punya kedai emas itu ____________bapa saudara Muhyuddin .
16. Kereta Proton Wira itu _________ kepunyaan bapa Ahmad.
17. Hadiah yang cantik itu __________ untuk ibu kesayangannya.
18. Rumah banglo yang besar dan mewah itu _________ rumah bapa saudaranya.
19. Tabung bantuan rakyat Palestin ________ untuk membantu penderitaan dan kesedihan yang dialamioleh rakyat Palestin.
20. Negeri Pahang _______ negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia.
21. Laporan kebakaran itu ______________palsu.
22. Tempat kelahiran ibunya ____________Kelang.
23.  Udara yang bergerak ___________ angin.
24. Angin  _______________udara yang bergerak.
25. Gadis itu __________  sepupu Zuraini.
26. Hari Raya Korban___________hari perayaan bagi masyarakat yang beragama Islam.



LATIHAN PEMANTAPAN TATABAHASA
KENAL PASTI KESALAHAN DALAM AYAT


1. Terdapat berbagai buku di kedai itu.

2. Di antara tetamu yang hadir itu…..

3. Gadis itu duduk antara ibu dan ayahnya.

4.Jenama kereta yang rosak itu adalah Proton Saga.

5. Emak menghadiahkan anaknya sebuah buku cerita.

6.Lelaki tua itu merindukan anaknya.

7.Guru disiplin menjatuhkan pelajar itu hukuman rotan.

8.Guru disiplin telah menjatuhi hukuman rotan kepada pelajar itu.

9.Ular itu dipukul oleh saya.

10.Ular itu Amir pukul.

11.Di hari raya, ramai orang yang balik kampung.

12.Buku itu ada dalam almari.

13.Kami amat berterima kasih di atas kunjungan tuan.

14.Kedua belah pihak telah bersetuju untuk berdamai.

15.Janganlah awak mensiakan kecantikan yang awak ada.

16.Setengah pelajar suka tidur dalam kelas.

17.Semuanya bergantung kepada keadaan.

18.Hasil kerjasama erat di antara Ali dan Kamal, akhirnya mereka berjaya.

19.Mereka mengambil iktibar dari perkara itu.

20.Baju itu dia hantar ke kedai dobi.

21.Wang pemberian ayahnya dimasukkan dalam kocek bajunya.

22.Bila tiba masanya, kita akan tahu juga rahsianya.

23.Mereka memandang kepada gadis yang cantik itu.

24.Usaha untuk membesar dan memajukan perniagaannya telah berjaya

25.Pengetua memberitahu kepada para pelajar supaya jangan bising.

26.Ahmad menemui tempat yang sesuai untuk berniaga.

27.Oleh kerana itu, dia tidak dapat ke sekolah hari ini.

28.Senarai keperluan yang perlu dibawa adalah seperti berikut:

29.Datanglah ke rumah saya bila awak suka.

30.Pilihlah mana pakaian yang sesuai.

31.Ambillah apa yang terdaya.

32.Letakkan barang itu di mana yang kamu suka.

33.Aku tidak peduli ke mana pun kamu mahu pergi.

34.Ada berbagai barang di kedai itu.

35.Banyak orang datang…….

36.Kita harus berbincang masalah itu…..

37.Berdasarkan kepada perkara itu…..

38.Bergantung kepada…..

39.Kami pergi ke sana bersama ibu dan bapa.

40.Dia belajar dari pengalaman
 
41.Penduduk di kawasan pendalaman itu kurang mendapat zat makanan.

42.Mahani bukan cantik namun dia pandai bergaya.

43.Ali boleh memanjat pokok kelapa yang tinggi itu.

44.Masakan ibu saya sungguh berperasa.

45.Kek itu berperisa coklat. 

46.Pasukan tentera berjuang demi untuk negara tercinta.

47.Mesyuarat itu membincangkan tentang masalah disiplin para pelajar.

48.Ikan-ikan di pasar itu segar-segar belaka.

49.Kita hendaklah mengamalkan sikap saling maaf-bermaafan antara satu sama lain.

50.Pasukan penjenayah itu berjaya diberkas oleh pihak polis semalam.

51.Ibu telah menemui gelangnya yang hilang semalam.

52.Tolong jangan pijak rumput.

53.Aduh, malang sungguh nasibku!

54.Saya berjaya di dalam peperiksaan UPSR dengan cemerlang.

55.Saya memperolehi markah tertinggi di dalam kelas.

56.Aini paling cantik sekali di dalam kelas dia.

57.Pemandangan di bandar raya Kuala Lumpur nian indah.

58.Kerajaan sedang memperindahkan bandar raya Kuala Lumpur.

59.Pendapatan Ali tidak dipersetujui oleh rakan-rakannya.

60.Ani lebih cantik dari kakaknya.

61.Ayah membeli kereta baru.

62.Masalah remaja itu dibincangkan dari masa ke semasa.

63.Kita hendaklah memandang ke kiri dan kanan sebelum melintas jalan.

64.Badan sihat otak cergas.

65.Pihak sekolah mengucapkan terima kasih di atas kehadiran ibu bapa dan penjaga murid.