NAMA BLOG

Isnin, 3 Disember 2012

CORETAN TINTA KELUHAN NURANI.....

Assalamualaikum dan salam mesra di angin lalu,

     Buat tatapan rakan taulan dan sesiapa sahaja yang sudi dan sempat bertandang ke blog Laman Bestari Bahasa yang tidak  seindah rupa ini. Di kesempatan yang terluang dalam situasi cuti santai persekolahan yang kekadang menggamit memori gelak tawa rakan-rakan guru bestari dan anak-anak didikku, membuatkan hati kecil ini terpanggil untuk mencoretkan sesuatu di petang yang permai ini. 

     Pabila tiba waktu terluang ini, aku rindu akan suasana di kelasku yang ceria, terimbau kenangan bersama anak-anak didikku yang menaikkan semangatku untuk terus melambakkan ilmu. Tahun demi tahun, riak wajah yang kugemburkan dengan ilmu, kubajakan dengan pengetahuan mengatur langkah meninggalkanku ke alam persekolahan yang menjemput mereka ke alam remaja. Tapi segalanya satu lumrah yang saban tahun kuhadapi, aku masih tetap di sini, sentiasa menunggu generasi silih berganti untuk aku menuai segala pengalaman, pengetahuan dan ilmu demi mencurahkannya kerana aku tetap bergelar guru.

     Adat dunia kekadang aku diingati, dikenang, dirindui, disapa, tapi namun segalanya itu tidak kuminta. Cukup, cukup sudah, cukup sekadar aku didoakan atas kesejahteraan dalam kehidupan di dunia dan di akhirat oleh anak-anak didikku.

     Terlajak sudah berceloteh rupanya, tanpa kusedari. Buat rakan-rakan yang ingin berceloteh denganku, silakan. Kalian dialu-alukan untuk menulis apa sahaja di laman blogku ini. Sudilah kiranya memberi komen terhadap blog yang tidak seberapa ini.

     Jikalau dilayan perasaan memang tiada noktahnya. Mungkin cukup sampai di sini buat kali ini.
 








PERSEMBAHAN TENTANG ALAM SEKITAR OLEH MURID-MURIDKU YANG COMEL

Amboi comelnya........
Memukau penonton yang melihat....
Watak Sisa Toksid rupanya.......
Menjiwai watak masing-masing
Kreatifnya  cikgu-cikgu......


AKSI BERCERITA MURID-MURIDKU

 

Aksi berani dan penuh keyakinan sebelum persembahan
Cerita jangan tak cerita...
Bercerita dengan penuh aksi......
Alamak terlupa skriplah pula.....