Assalamualaikum dan salam mesra di angin lalu,
Buat tatapan rakan taulan dan sesiapa sahaja yang sudi dan sempat bertandang ke blog Laman Bestari Bahasa yang tidak seindah rupa ini. Di kesempatan yang terluang dalam situasi cuti santai persekolahan yang kekadang menggamit memori gelak tawa rakan-rakan guru bestari dan anak-anak didikku, membuatkan hati kecil ini terpanggil untuk mencoretkan sesuatu di petang yang permai ini.
Pabila tiba waktu terluang ini, aku rindu akan suasana di kelasku yang ceria, terimbau kenangan bersama anak-anak didikku yang menaikkan semangatku untuk terus melambakkan ilmu. Tahun demi tahun, riak wajah yang kugemburkan dengan ilmu, kubajakan dengan pengetahuan mengatur langkah meninggalkanku ke alam persekolahan yang menjemput mereka ke alam remaja. Tapi segalanya satu lumrah yang saban tahun kuhadapi, aku masih tetap di sini, sentiasa menunggu generasi silih berganti untuk aku menuai segala pengalaman, pengetahuan dan ilmu demi mencurahkannya kerana aku tetap bergelar guru.
Adat dunia kekadang aku diingati, dikenang, dirindui, disapa, tapi namun segalanya itu tidak kuminta. Cukup, cukup sudah, cukup sekadar aku didoakan atas kesejahteraan dalam kehidupan di dunia dan di akhirat oleh anak-anak didikku.
Terlajak sudah berceloteh rupanya, tanpa kusedari. Buat rakan-rakan yang ingin berceloteh denganku, silakan. Kalian dialu-alukan untuk menulis apa sahaja di laman blogku ini. Sudilah kiranya memberi komen terhadap blog yang tidak seberapa ini.
Jikalau dilayan perasaan memang tiada noktahnya. Mungkin cukup sampai di sini buat kali ini.
Isnin, 3 Disember 2012
PERSEMBAHAN TENTANG ALAM SEKITAR OLEH MURID-MURIDKU YANG COMEL
AKSI BERCERITA MURID-MURIDKU
Selasa, 27 November 2012
Isnin, 26 November 2012
CONTOH-CONTOH KARANGAN
1. JENIS KARANGAN FAKTA
Usaha-usaha Menghargai Warga Tua
Warga tua merupakan golongan yang paling berjasa kepada negara. Mereka telah melalui pelbagai rintangan dan dugaan untuk membesarkan anak-anak.. Namun, pada hari ini warga tua sering diabaikan dan jasa mereka dilupakan oleh masyarakat.
Keluarga perlu menyayangi warga tua. Warga tua yang terdiri daripada ibu melahirkan kita dan bapa pula mencari rezeki untuk membesarkan kita. Pengorbanan mereka perlu dibalas dengan sebaik-baiknya. Sebagai anak kita perlu menjaga ibu bapa kita ketika mereka tua dan tidak menghantar mereka ke rumah orang-orang tua.
Di sekolah, guru boleh menasihatkan pelajar agar menghormati warga tua. Warga tua yang terdiri daripada ibu bapa kita perlu disayangi dan dihormati. Anak-anak perlu bertutur dengan sopan apabila berhubung dengan ibu bapa mereka kerana syurga terletak di telapak kaki ibu. Kerajaan juga perlu menghargai warga tua.
Kerajaan boleh menyediakan pelbagai kemudahan untuk warga tua. Sebagai contoh, warga tua akan mendapat rawatan percuma di hospital kerajaan ataupun kadar bayaran rendah di hospital atau klinik swasta.
Media massa seperti surat khabar dan televisyen boleh menyiarkan cerita-cerita berkaitan penderitaan hidup warga tua. Hal ini menyedarkan kita tentang pentingnya warga tua dalam hidup kita. Oleh itu, kita tidak boleh mengabaikan warga tua.
Pihak swasta perlu membantu warga tua. Mereka boleh mengutip derma untuk mengurangkan beban warga tua manakala kunjungan ke rumah orang-orang tua dapatmengeratkan hubungan .Warga tua akan berasa diri mereka dihargai dan disayangi.
Kesimpulannya, pelbagai pihak perlu berusaha untuk menghargai jasa dan pengorbanan warga tua. Kita tidak boleh mengabaikan warga tua kerana merekalah yangmelahirkan kita dan membesarkan kita
4. JENIS KARANGAN BIOGRAFI

2. Contoh Karangan Ucapan
Berikut contoh karangan ucapan sempena Hari Guru.
Salam
sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Guru Besar,Guru Penolong
Kanan,guru-guru dan rakan sekalian.Saya sebagai wakil murid,ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Guru kepada semua guru di sekolah ini.
Hadirin sekalian,
Tarikh 16 Mei setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Guru.
Hari ini merupakan hari yang amat sesuai untuk kita mengadakan
sambutan bagi mengenang dan menghargai jasa guru.Oleh itu marilah kita
menghargai jasa guru.
Rakan-rakan sekalian,
Guru ialah insan yang mendidik,mengasuh dan membimbing
kita hingga kita dapat mencapai kejayaan.Kesungguhan mereka mendidik
kita amatlah besar nilainya dan wajar dikenang sepanjang hayat.Mereka
tidak pernah jemu mengajar kita supaya kita dapat mengenal huruf
,membaca dan mengira.
Guru juga adalah ibu bapa kita di sekolah.Oleh
itu,kita mestilah menghormati guru.Segala nasihat guru mestilah kita
dengar dan patuhi.Jangan sesekali kita abaikan segala nasihat mereka.
Rakan sekalian,
Guru adalah orang yang sering memberi semangat kepada kita untuk rajin belajar.Mereka
sedia mendengar segala masalah yang kita tidak fahami dalam
pelajaran.Oleh itu guru adalah pendidik yang sangat berdedikasi semasa
mengajar kita di sekolah.
Sesungguhnya jasa guru tidak ternilai harganya.Guru
ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain.Wahai para
guru yang kami sayangi,jutaan terima kasih kami ucapkan kerana tidak
pernah jemu mendidik kami dengan sabar .
Sekian , terima kasih.
3. JENIS SURAT KIRIMAN RASMI
Tidak hadir Ke Sekolah
Andaikan bahawa kamu diserang demam
panas. Kamu tidak dapat hadir ke sekolah selama tiga hari. Tuliskan
sepucuk surat kepada guru kelas kamu untuk memberitahu beliau keadaan
kamu.
Kampung Burung Baru,
23000 Dungun,
Terengganu.
_________________________________________________________________________________
Guru Kelas,
Tahun 6 Bestari,
Sekolah Kebangsaan Padang Pulut,
23000, Dungun,
TERENGGANU. 20 OKTOBER 2012
Cikgu,
Tidak Dapat Hadir Ke Sekolah
Berhubung perkara di atas,
saya Nurul Afiqah Bt. Mohd Noor , murid Tahun 6 Bestari ingin
memaklumkan bahawa saya tidak dapat hadir ke sekolah kerana diserang
demam panas.
2. Saya telah pun mendapatkan
rawatan doktor di Pusat Kesihatan Daerah Bukit Besi. Doktor
menasihatkan saya supaya berehat selama tiga hari.
3. Bersama-sama surat ini, saya
sertakan surat akuan doktor untuk perhatian dan tindakan cikgu. Saya
berharap agar cepat sembuh dan dapat datang semula ke sekolah seperti
biasa.
Sekian ,terima kasih.
Yang benar,
( NURUL AFIQAH BT MOHD NOOR )
Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun
Dr. Mahathir dilahirkan pada hari Jumaat tanggal 20 Disember 1925.
Putera kepada pasangan Mohamad bin Iskandar dan Wan Tempawan binti
Wan Hanafi ini dilahirkan di rumah bernombor 18, Lorong Kilang Ais,
bersebelahan dengan Jalan Pegawai, Seberang Perak, Alor Setar,
Kedah.
Beliau
merupakan anak bongsu dari sembilan orang adik-beradik. Dr.
Mahathir memulakan alam persekolahan di Sekolah Melayu Seberang Perak
pada tahun 1930 selama dua tahun. Beliau melanjutkan pengajian
menengah di Goverment English School, Alor Setar yang kini dikenali
sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau tamat dengan keputusan Senior Cambridge yang cemerlang pada tahun 1945.
Dalam tahun 1947, selepas tamat pengajian peringkat menengah,
Dr. Mahathir telah ditawarkan biasiswa Kedah untuk melanjutkan
pelajaran dalam bidang perubatan di King Edward VII College of
Medicine, Singapura. Semasa di Kolej, beliau merupakan seorang
pelajar yang tekun dan bersungguh-sungguh dalam pelajaran, aktif
dalam sukan ragbi dan sentiasa mengambil berat tentang kebajikan
pelajar-pelajar lain.
Pada tahun 1953, beliau telah dianugerahkan Ijazah Doktor
Perubatan (M.B.B.S) dari University of Malaya. Berbekalkan kelulusan
berkenaan, Dr. Mahathir telah memulakan perkhidmatannya dalam
kerajaan dengan menjadi doktor pelatih di Hospital Besar Pulau
Pinang. Pada tahun 1954, Dr. Mahathir telah dilantik sebagai Pegawai
Perubatan di Hospital Besar Alor Setar bagi memenuhi kontrak
biasiswanya. Beliau juga telah memberikan khidmat perubatan di Langkawi, Jitra dan Perlis.
Perkenalan
dengan seorang gadis dari Selangor bernama Siti Hasmah Mohd Ali
(kini Tun Dr. Siti Hasmah) yang mengikuti bidang pengajian yang sama
di King Edward VII Collage of Medicene berlanjutan sehingga mereka
menamatkan pengajian masing-masing. Hubungan erat yang terjalin
semasa di Singapura telah diakrabkan lagi setelah kedua-duanya
diijabkabulkan sebagai suami isteri pada Ogos 1956. Pasangan
bahagia ini telah dikurniakan tujuh orang cahayamata iaitu Marina
(kini Datin Paduka Marina), Mirzan, Melinda, Mokhzani (kini Datuk
Mohzani), Mukriz ( kini Datuk Mukriz), Maizura dan Mazhar.
Akhirnya, pada 16 Julai 1981 berikutan perletakan jawatan Perdana
Menteri oleh Tun Hussien Onn atas sebab kesihatan, Dr. Mahathir telah
dipilih menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang ke- 4 pada
usia 55 tahun.
Dr. Mahathir digelar "Bapa Pemodenan Malaysia" dan merupakan pemimpin
yang paling lama memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, iaitu
dari 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003.
Sepanjang tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri, Dr. Mahathir
telah membawa Malaysia ke persada kecemerlangan. Malaysia telah
melalui pelbagai pembaharuan fizikal, mental dan sosial. Malaysia
telah menjadi negara yang disegani dan dihormati di pentas dunia.
Malaysia mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama
rendah dikalangan negara-negara maju dunia. Kejayaan Malaysia
sebagai negara membangun dan sebuah negara Islam yang unggul di
rantau ini telah diiktiraf dunia. Warisan pusaka yang ditinggalkan
oleh Dr. Mahathir dapat kita lihat berada di mana sahaja.
KOLEKSI SOALAN UPSR PENULISAN BAHAGIAN B
SOALAN TAHUN 2005
1 Kamu telah mengikuti Program Motivasi UPSR yang telah dianjurkan oleh sekolah kamu. Ceritakan pengalaman kamu semasa mengikuti program tersebut.
Jenis Karangan : Cereka/Gambaran
2 Pada cuti sekolah yang lalu, kamu berpeluang berkelah bersama-sama keluarga kamu di sebuah tempat yang menarik.
Tulis catatan kamu tentang perkelahan tersebut.
Jenis Karangan : Catatan
3 Rakan anda telah memenangi pertandingan bercerita peringkat daerah. Anda diminta menemuramah rakan anda itu tentang kejayaannya untuk dimuatkan dalam majalah sekolah.
Tulis temu ramah anda selengkapnya.
Jenis Karangan : Dialog/Temu ramah
SOALAN TAHUN 2006
1 Penjagaan kesihatan diri sangat penting kepada kita.
Tuliskan karangan tentang cara-cara menjaga kesihatan diri
Jenis Karangan : Fakta
2 Kamu diminta untuk menyampaikan ucapan dalam majlis meraikan kejayaan kamu dalam satu pertandingan.
Tulis ucapan kamu selengkapnya.
Jenis Karangan : Ucapan
3 Kamu sedang berbual dengan seorang rakan tentang lawatan yang akan kamu sertai.
Tulis perbualan kamu itu.
Jenis karangan : Dialog/Temu ramah
SOALAN TAHUN 2007
1 Selepas makan tengah hari, kami sekeluarga duduk diruang tamu sambil berbual-bual. Tidak lama kemudian, sebuah teksi berhenti di hadapan rumah. Aku menjenguk keluar. Aku melihat ....
Mulakan cerita kamu dengan :
Aku melihat .....
Jenis Karangan : Melengkapkan cerita
2 Kamu mempunyai jiran-jiran yang baik.
Tulis karangan tentang kebaikan jiran-jiran kamu itu.
Jenis Karangan : Keperihalan
3 Sempena sambutan hari Kemerdekaan, satu pertandingan melukis telah diadakan di tempat tinggal kamu. Kamu telah ditugaskan untuk menulis berita tentang pertandingan tersebut.
Tulis berita itu selengkapnya.
Jenis Karangan : Berita
SOALAN TAHUN 2008
1 Kamu telah memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM500.00 dalam pertandingan lukisan.
Ceritakan cara kamu menggunakan wang tersebut.
Jenis Karangan : Keperihalan
2 Tulis sebuah karangan yang bertajuk “ Orang yang saya sayang”.
Jenis Karangan : Bibliografi
3 Ilmu sangat penting dalam kehidupan.
Tulis sebuah karangan tentang perlunya kita menuntut ilmu.
Jenis karangan : Fakta
SOALAN TAHUN 2009
1 Tulis sebuah cerita dan akhiri cerita kamu dengan ayat-ayat di bawah.
.....Rakan-rakanku mengucapkan tahniah kepadaku. Aku berasa gembira.
Jenis karangan : Cereka/Gambaran
2 Sekoalah kamu atau sekolah kawan kamu telah mengadakan temasya sukan tahunan.
Ceritakan suasana semasa temasya sukan dijalankan.
Jenis karangan : Gambaran/Keperihalan
3 Tulis sepucuk surat kepada abang kamu untuk menceritakan tentang persediaan yang kamu lakukan bagi menghadapi UPSR.
Tulis surat itu selengkapnya.
Jenis Karangan : Surat Kiriman tidak rasmi
SOALAN TAHUN 2010
1 Kamu telah membaca sebuah buku yang menarik. Tulis sebuah karangan tentang buku kamu yang telah kamu baca itu.
Jenis Karangan : Keperihalan
2 Kamu telah menyertai kem kecemerlangan UPSR yang telah dianjurkan oleh sekolah kamu.
Tulis faedah-faedah yang kamu peroleh setelah kamu menyertai kem tersebut. Jenis Karangan : Fakta
3 Unit beruniform di sekolah kamu telah mengadakan perkhemahan. Sebagai setiausaha, kamu diminta menulis laporan tentang perkhemahan tersebut.
Tulis laporan itu selengkapnya.
Jeis karangan : Laporan

PUISI
Pantun Nasihat
Ilmu Dunia Dan Akhirat
Di balik papan kita bertemu
Pelayar Bugis terkenal bijak
Hidup di dunia mesti berilmu
Untuk berjaya di akhirat kelak
Orang Melaka mahir memburu
Kijang dipanah takkan terlepas
Janganlah jemu mencari guru
Selagi kita masih bernafas
Dari Malaysia ke Tasik Malaya
Sahabat jiwa masih kucari
Ilmu dunia memberi cahaya
Ilmu akhirat wajib dipelajari
Ke majlis nikah di Janda Baik
Pandu kereta perlahan-lahan
Berbagilah ilmu yang baik-baik
Semoga amalmu dibalas Tuhan
Pulau Jawa tanah keramat
Negeri leluhur pujangga masyur
Selagi berilmu ummat dihormat
Sentiasa waspada takkan terlanjur
Ilmu Dunia Dan Akhirat
Di balik papan kita bertemu
Pelayar Bugis terkenal bijak
Hidup di dunia mesti berilmu
Untuk berjaya di akhirat kelak
Orang Melaka mahir memburu
Kijang dipanah takkan terlepas
Janganlah jemu mencari guru
Selagi kita masih bernafas
Dari Malaysia ke Tasik Malaya
Sahabat jiwa masih kucari
Ilmu dunia memberi cahaya
Ilmu akhirat wajib dipelajari
Ke majlis nikah di Janda Baik
Pandu kereta perlahan-lahan
Berbagilah ilmu yang baik-baik
Semoga amalmu dibalas Tuhan
Pulau Jawa tanah keramat
Negeri leluhur pujangga masyur
Selagi berilmu ummat dihormat
Sentiasa waspada takkan terlanjur
LATIHAN TATABAHASA
Latihan Simpulan Bahasa 1
Isi tempat kosong dengan simpulan bahasa yang berikut.
baik sangka
anak angkat
angkat kaki
alas perut
bahasa dalam bekas tangan
cabut nyawa durian runtuh mencari jalan beri muka |
2. ....................Pak Cik Ismail menjadi doktor gigi.
3. Apabila pegawai penguatkuasa datang ke tempat itu, semua penjaja yang tidak tidak berlesen ...................
4. Perkataan santap, gering dan beradu merupakan ........................
5. Orang tua selalu ..........................dengan semua orang.
6. Inilah manuskrip ..........................pengarang yang terkenal itu.
7. Ayahnya terlalu ...........................kepada anak lelakinya, akhirnya dia menjadi budak yang nakal.
8. Perompak itu hendak .......................mangsanya, tetapi hasratnya tidak berjaya bila polis sempat menembaknya.
9. Apabila dia disuruh membuat kerja yang berat, dia selalu ......................
10. Pada hujung tahun semua kaki tangan kerajaan mendapat .....................
Latihan simpulan Bahasa 2
Gantikan perkataan-perkataan yang berhuruf tebal dalam ayat-ayat di bawah dengan simpulan bahasa yang sesuai.
makan angkat,
lepas tangan,
keras
hati,kera sumbang,
kata putus,
jatuh hati,
isi hati, ikut jejak, ibu angkat, hati batu. |
2. Abdullah baru datang ke kampung itu. Dia mengambil dan memelihara seorang wanita sebagai ibu sendiri. ( )
3. Abang Kim Seng hendak mengikut contoh ayahnya. ( )
4. Kawan saya melahirkan perasaan yang terkandung dalam hati. ( )
5. Sebab apakah ibu saudara kamu itu berasa tersinggug? ( )
6. Dalam mesyuarat itu mereka mencapai keputusan yang terakhir.( )
7. Jangan perdulikan budak itu dia memang seseorang yang tidak suka bergaul dengan orang lain. ( )
8. Abang Ah Meng memang mempunyai kemahuan yang keras, ( ) akhirnya dia berjaya menjadi jurutera.
9. Dalam pertengkaran itu, kami tidak campur tangan.( )
10. Kawan saya yang berpangkat itu seseorang yang suka dipuji. ( )
Latihan Simpulan Bahasa 3
Isi tempat kosong dengan simpulan bahasa yang sesuai.
nyawa ikan,
lidah biawak,
makan angin,makan hati,
keras hati,
otak cair, panjang tangan, pencuci mulut, putih tulang, putih mata, mulut tempayan meninggal dunia |
2. Janji mulut orang itu tidak boleh dipercayai kerana dia .......................... .
3. Pada bulan lalu keluarga kami pergi ........................... di Pulau Tioman.
4. Orang tua itu ...............................sejak isterinya .......................... .
5. Seorang kawan saya itu .......................... .
6. Pembonceng motosikal yang terjatuh dari motosikal itu dalam keadaan ........................ .
7. Syahira ..........................dia berjaya naik ke darjah lima dalam ujian penilaian tahun tiga.
8. Laki-laki yang .......................itu akhirnya ditangkap polis.
9. Ibu menyediakan aiskrim sebagai ........................ .
10. Moto perajurit negara kita ialah biar ....................., jangan ........................... .
Latihan Simpulan Bahasa 4
Isi tempat-tempat kosong dalam ayat di bawah dengan simpulan bahasa yang sesuai.
lidah bercabang,
mandi peluh,
minta nyawa,
atas pagar,paku belanda,
pilih kasih,
ajak-ajak ayam, balik gagang, berpeluh tubuh, gulung tikar |
2. Harga barang jualan di kedai itu ....................... .
3. Sewaktu kami bekerja budak itu .................... sahaja.
4. Guru kelas kami tidak ....................... antara murid-muridnya.
5.Jangan terima jemputan itu, dia ...................... sahaja.
6. Banduan yang dihukum mati kerana dadah telah ......................supaya dipenjarakan sahaja.
7. Dalam pemilihan ketua, sekulpulan penduduk duduk......................... .
8. Jangan percaya dengan orang itu, dia ...................... .
9. Semalam baru kami tahi mereka itu ....................... .
10. Peniaga itu terpaksa ........................ kerana mengalami kerugian besar.
Latihan Simpulan Bahasa 5
Isi tempat kosong dengan simpulan baha sa yang sesuai.
harga kopi,
halwa telinga,
hentam keromo,hilang akal,
ikut jejak,
ibu angkat,
jatuh hati, isi rumah, kepala batu, kaki bangku |
2. Pengedar barang makanan itu mendapat barang dari kilang degan .................. .
3. Penulis muda yang belum berpengalaman menulis suatu kritikan dengan ...................sahaja.
4. Sewaktu berlaku kebakaran, mangsa kebakaran itu ..................... .
5. Swee Lan menziarahi .........................nya yang tinggal di Alor Setar.
6. Maimunah hendak .......................... abangnya yang sedang belajar di kolej.
7. Pada hujung minggu itu se....................... pergi berkelah.
8. Kawan saya Sorojini ........................ bila saya terlupa menjemputnya datang ke rumah saya pada hari jadi ibu saya.
9. Ah Fat diajak bermai bola kerana dia ........................ .
10. Budak perempuan itu memang ......................... .
*JAWAPAN*
Latihan Simpulan Bahasa 1
1. alas perut.
2. Anak angkat
3. angkat kaki.
4. bahasa dalam
5. beri muka
6. bekas tangan
7. baik sangka
8. cabut nyawa
9. mencari jalan
10.durian runtuh
*JAWAPAN *
Latihan
simpulan Bahasa 2
1. lepas tangan
2. ibu angkat
3. ikut jejak
4. isi hati
5. jatuh hati
6. kata putus
7. kera sumbang
8. keras hati
9. lepas tangan
10.makan angkat
*JAWAPAN*
Latihan Simpulan
Bahasa 3
1. keras hati
2. mulut tempayan
3. makan angin
4. makan hati, meninggal dunia
5. lidah biawak
6. nyawa ikan
7. otak cair
8. panjang tangan
9. pencuci mulut
10.putih tulang, putih mata
* JAWAPAN*
Latihan Simpulan
Bahasa 4
1. mandi peluh
2. paku belanda
3. atas pagar
4. pilih kasih
5. ajak-ajak ayam
6. minta nyawa
7.berpeluk tubuh
8. lidah bercabang
9. balik gagang
10.gulung tikar
* JAWAPAN *
Latihan Simpulan Bahasa 5
1. halwa telinga
2. harga kopi
3. hentam keromo
4. hilang akal
5. ibu angkat
6. ikut jejak
7.isi rumah
8.jatuh hati
9.kaki bangku
10.kepala batu
Latihan Simpulan Bahasa 5
1. halwa telinga
2. harga kopi
3. hentam keromo
4. hilang akal
5. ibu angkat
6. ikut jejak
7.isi rumah
8.jatuh hati
9.kaki bangku
10.kepala batu
LATIHAN KATA PEMERI
Pilih jawapan yang paling
sesuai.
1 Pemuda yang berbaju biru
itu _________ bakal suami kakak saya.
2.Novel yang bertajuk
“Bunga-bunga Berguguran “ itu __________ novel terbaru penulis wanita itu.
3.Kain songket yang dibeli
dari negeri Terengganu itu ______ untuk ibunya.
4.Semua fitnah yang
dilemparkan kepada Sakinah _________ tidak benar.
5.Hadiah hari jadi yang
diterima itu _________ daripada kawannya yang baru seminggu dikenalinya.
6.Faisal _________ kerani
bank di Bank Simpanan Nasional yang terletak di bandar Ipoh .
7.Gunung Tahan _______ gunung
yang tertinggi di Semenanjung Malaysia.
8.Maklumat saksi pembunuhan
itu ________ tidak benar setelah disiasat oleh pihak polis.
9. Tujuan utama kutipan derma
_____ untuk membina balai raya yang baru.
10. Perempuan yang sedang
melintas jalan itu ________ ibu saudara saya.
11. “Bungkusan itu _______
untuk kakak kamu,” kata Amir kepada Samir .
12. Zamzuri itu _____ guru
baru yang akan mengajar di Tahun Enam Maju .
13. Adiknya ________ comel
dan mempunyai lesung pipit .
14. Buah epal itu ________
untuk adik yang terlantar sakit di hospital .
15. Tuan punya kedai emas itu
____________bapa saudara Muhyuddin .
16. Kereta Proton Wira itu
_________ kepunyaan bapa Ahmad.
17. Hadiah yang cantik itu
__________ untuk ibu kesayangannya.
18. Rumah banglo yang besar
dan mewah itu _________ rumah bapa saudaranya.
19. Tabung bantuan rakyat
Palestin ________ untuk membantu penderitaan dan kesedihan yang dialamioleh
rakyat Palestin.
20. Negeri Pahang _______
negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia.
21. Laporan kebakaran itu ______________palsu.
22. Tempat kelahiran ibunya ____________Kelang.
23. Udara yang
bergerak ___________ angin.
24. Angin
_______________udara yang bergerak.
25. Gadis itu __________ sepupu Zuraini.
26. Hari Raya Korban___________hari perayaan bagi masyarakat yang beragama Islam.
LATIHAN
PEMANTAPAN TATABAHASA
KENAL PASTI KESALAHAN DALAM AYAT
1. Terdapat berbagai buku di kedai itu.
2. Di antara tetamu yang hadir itu…..
3. Gadis itu duduk antara ibu dan ayahnya.
4.Jenama kereta yang rosak itu adalah Proton Saga.
5. Emak menghadiahkan anaknya sebuah buku cerita.
6.Lelaki tua itu merindukan anaknya.
7.Guru disiplin menjatuhkan pelajar itu hukuman rotan.
8.Guru disiplin telah menjatuhi hukuman rotan kepada pelajar itu.
9.Ular itu dipukul oleh saya.
10.Ular itu Amir pukul.
11.Di hari raya, ramai orang yang balik kampung.
12.Buku itu ada dalam almari.
13.Kami amat berterima kasih di atas kunjungan tuan.
14.Kedua belah pihak telah bersetuju untuk berdamai.
15.Janganlah awak mensiakan kecantikan yang awak ada.
16.Setengah pelajar suka tidur dalam kelas.
17.Semuanya bergantung kepada keadaan.
18.Hasil kerjasama erat di antara Ali dan Kamal, akhirnya mereka berjaya.
19.Mereka mengambil iktibar dari perkara itu.
20.Baju itu dia hantar ke kedai dobi.
21.Wang pemberian ayahnya dimasukkan dalam kocek bajunya.
22.Bila tiba masanya, kita akan tahu juga rahsianya.
23.Mereka memandang kepada gadis yang cantik itu.
24.Usaha untuk membesar dan memajukan perniagaannya telah berjaya
25.Pengetua memberitahu kepada para pelajar supaya jangan bising.
26.Ahmad menemui tempat yang sesuai untuk berniaga.
27.Oleh kerana itu, dia tidak dapat ke sekolah hari ini.
28.Senarai keperluan yang perlu dibawa adalah seperti berikut:
29.Datanglah ke rumah saya bila awak suka.
30.Pilihlah mana pakaian yang sesuai.
31.Ambillah apa yang terdaya.
32.Letakkan barang itu di mana yang kamu suka.
33.Aku tidak peduli ke mana pun kamu mahu pergi.
34.Ada berbagai barang di kedai itu.
35.Banyak orang datang…….
36.Kita harus berbincang masalah itu…..
37.Berdasarkan kepada perkara itu…..
38.Bergantung kepada…..
39.Kami pergi ke sana bersama ibu dan bapa.
40.Dia belajar dari pengalaman

41.Penduduk di kawasan pendalaman
itu kurang mendapat zat makanan.
42.Mahani bukan cantik namun dia
pandai bergaya.
43.Ali boleh memanjat pokok kelapa
yang tinggi itu.
44.Masakan ibu saya sungguh
berperasa.
45.Kek itu berperisa coklat.
46.Pasukan tentera berjuang demi
untuk negara tercinta.
47.Mesyuarat itu membincangkan
tentang masalah disiplin para pelajar.
48.Ikan-ikan di pasar itu
segar-segar belaka.
49.Kita hendaklah mengamalkan sikap
saling maaf-bermaafan antara satu sama lain.
50.Pasukan penjenayah itu berjaya
diberkas oleh pihak polis semalam.
51.Ibu telah menemui gelangnya yang
hilang semalam.
52.Tolong jangan pijak rumput.
53.Aduh, malang sungguh nasibku!
54.Saya berjaya di dalam peperiksaan
UPSR dengan cemerlang.
55.Saya memperolehi markah tertinggi
di dalam kelas.
56.Aini paling cantik sekali di
dalam kelas dia.
57.Pemandangan di bandar raya Kuala
Lumpur nian indah.
58.Kerajaan sedang memperindahkan
bandar raya Kuala Lumpur.
59.Pendapatan Ali tidak dipersetujui
oleh rakan-rakannya.
60.Ani lebih cantik dari kakaknya.
61.Ayah membeli kereta baru.
62.Masalah remaja itu dibincangkan
dari masa ke semasa.
63.Kita hendaklah memandang ke kiri
dan kanan sebelum melintas jalan.
64.Badan sihat otak cergas.
65.Pihak sekolah mengucapkan terima
kasih di atas kehadiran ibu bapa dan penjaga murid.
Langgan:
Catatan (Atom)