NAMA BLOG

Isnin, 26 November 2012

PUISI

Pantun Nasihat

Ilmu Dunia Dan Akhirat

Di balik papan kita bertemu
Pelayar Bugis terkenal bijak
Hidup di dunia mesti berilmu
Untuk berjaya di akhirat kelak

Orang Melaka mahir memburu
Kijang dipanah takkan terlepas
Janganlah jemu mencari guru
Selagi kita masih bernafas

Dari Malaysia ke Tasik Malaya
Sahabat jiwa masih kucari
Ilmu dunia memberi cahaya
Ilmu akhirat wajib dipelajari

Ke majlis nikah di Janda Baik
Pandu kereta perlahan-lahan
Berbagilah ilmu yang baik-baik
Semoga amalmu dibalas Tuhan

Pulau Jawa tanah keramat
Negeri leluhur pujangga masyur
Selagi berilmu ummat dihormat
Sentiasa waspada takkan terlanjur

Tiada ulasan: